Start the work in the name of Allah. Do the work with the help of Allah and finish the work with thanks to Allah. :)
Assalammualaikum bloggers yang tercintaaa.
Wahhh lama benor teman tak hapdet blog ni. Teman rasa macam banyak sangat story nak share. Huhu. Nak start dari mana dulu erh? Hurmm.. Fikir-fikirkanlah sebentar bersama Kit Kat. ^^ Sekarang ni dah nak habis bulan Febuari pun. Alahai cepatnya masa berlalu. Rasa macam teman masih lagikk form 4. Cehh perasan!
Jadual harian setiap hari boleh dikatakan mampat giloss. Nak online dekat Facebook pun kadang-kadang jee. Yelahh mana nak sempat kan. Bila dah lama tak online tu ramai la tanya asal tak online apa kejadah laa. Adoii biarlah Cik Ayu tak friendly on social networks. In real life pun Cik Ayu bukannya friendly pun. Setakat geng sekolah tu ada lah. Haha nak buat perasaan jap.
Omaigoshhh minggu depan exam. Harini relax. Besok relax. Lusa relax. Malam hari Ahad baru Cik Ayu TERHEGEH NAK HAFAL SEMUA SUBJEK. lol. Please jangan amalkan tabiat ni. Bukan tak baik tapi merugikan sebab buat kerja last minit. Cuba renung-renungkan motivasi yang Cik Ayu ambil dari Santapan Minda ''Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan''. Oyeahh kata-kata tu lah yang boleh membakar semangat kita nak mencapai kejayaan. Jangan hangat-hangat tahi ayam jeee okayss. Hee.
Patut ka kita menipu untuk diri sendiri, kesenangan diri sendiri dengan mengabaikan perasaan orang lain? Memang kita bahagia, tapi orang lain tak. Yelahh nilai 'FRIEND' yang dimaksudkan macam tak pernah wujud ja. Kita kat sini nak tegur orang yang ignore kita pun rasa macam takut. Kang tak pasal kena bash ka apa ka tak ke haru biru kan. Takpa kita just doakan mereka always sihat dan ceriaa. Simpan lah perasaan rindu ke apa ke diam-diam tahu. ^^
Ohh yaa asal makin murah nilai kemaafan orang zaman sekarang ni. Mudah melemparkan kata "maaf" tetapi tak pernah betul-betul menginsafi diri. Kalau nak tengok contoh tu ada je dekat mereka yang ada disekeliling dan rapat dengan kita. Kita sebagai kawan yang agak prihatin ni dah berbuih mulut bagi nasihat. Effect tu ada lah dalam 2 3 jam then esoknya datang sekolah ulang balik perkara yang sama lepastu minta maaf. Maaf maaf dan maaf. Urghh dan basi punn. Kang bagi nasihat lebih-lebih kata sibuk jaga tepi kain orang pulak. Ya Allah mintak simpang lah dari benda yang tak diingini berlaku. Kalau nak tau mana kawan kita yang sebenar, masa ramai-ramai berkumpul cuba try diam ja, kalau ada yang menanya "Hang ok tak? Asal diam?" Dialah kawan tu. xD
Haa bila pulak la Cik Ayu nak hapdet entry yang baru kan. Berjanggut korang tunggu. Sabar itu indah. Tapi kalau terlebih sabar tu musibah kan. Haha. Aigoo banyak merapu kang jadikk lain pulak. So sampai disini dulu entry kali ni. Have a nice day. Byee. :)
0 ulasan:
Catat Ulasan